Sunday, June 3, 2012
Friday, May 25, 2012
Mari semak points kad kredit
Saya tak pernah semak pun. Tapi semalam, kami ke Senheng. Bila semak, WOW!! ada banyak points. Boleh tukar dengan barang elektrik. Kami pun meninjau-ninjau barangan yang boleh ditukar dengan points. Barangan ni selalunya tak sama, bertukar-tukar setiap bulan. Kira nasib lah yer.
Tapi semalam memang kami bernasib baik. Dengan points yang saya ada, saya dapat sebuah oven dan sebuah stand mixer.Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh PERCUMA lagi..... memang saya GUMBIRA. Macam nak melompat2.
Balik saya rumah, En Kaki Pancing terus buang oven lama saya. Saya tak sempat nak megucapkan "bye dan terima kasih' pada oven tua itu. Banyak jasa kepada kami keluarga. Walaupun suiz masa dia dah rosak, masih boleh pakai lagi. Selalu saya akan budget masa sendiri.
Ini nak kongsi ayam panggang yang saya buat guna oven lama. Saya simpan gambar sebagai kenangan.
Dada ayam (boneless chicken) diperap bersama rempah2. saya tak de spesifik rempah yang hendak di letak. Saya letak apa yang ada kat dapur. Jintan (ditumbuk), kunyit serbuk, madu, gula, garam. Tak de sukatan pun. main campurkan kesemua bahan. Perap ayam. Lagi lama lagi bagus, kalau tak sempat, paling tidak setengah jam.
Masukkan ayam dalam oven. Alas tray dengan aluminium foil bagi mengelakkan melelat pada tray. Ohh yer, lupa plak. gaul juga ayam bersama minyak zaitun sedikit.
Bakar dengan menu oven panas atas bawah, 30-35 minit. Jangan lama sangat sebab nanti kalau terlalu lama, ayam akan jadi terlebih masak, kering dan keras kejung.
Ayam panggang sedap makan dengan nasik. Tpi kami buat kebab. Roti pita, salad sayur, thousand island dressing, mayo dan cili sos. Yum! Yum!

Wednesday, May 23, 2012
Cara membalut hadiah yang mudah dan comey
Saya suka balut hadiah. Kalau beli hadiah kat kedai, kalau pekerja kedai balut hadiah tak kemas, memang saya rimas. Ada beberapa kali jugak, sampai saya kata "tak pe dik, biar akak buat'. Saya pun berdiri di belakang kaunter dan terus balut hadiah.
Kali ini saya nak berkongsi cara membalut hadia yang mudah, tapi comey. Comey pada pandangan mata saya lah yer.. hehheeh
Kalau nak balaut hadiah, barang-barang yang perlu ada:
a.Hadiah.. haha, ini sudah tentu lah kan
b.Pembalut dua alam (corak lain di kedua2 bahagian)
c. Selotep
d.Gunting
Cara membalut bermula begini:

Potong kertas pembalut mengikut saiz hadiah.
Pastikan bahagian tepi tidak terlalu besar, cukup sekadar kalau dilipat boleh bertindih atas dan bawah.
Bawa bahagian hujung pembalut hadiah menutupi keseluruhan hadiah. Biarkan lebihan kertas hadiah, jangan potong.
Lipat bahagian lebihan pembalut hadiah ke atas.
Lipat bahagian sisi hadiah dengan kemas. Dan ulang langkah yang sama di bahagian satu lagi.
Dah siap. Senang kan?
Hadiah untuk cikgu-cikgu Amirul dan Arman sempena Sambutan Hari Guru pada esok dan lusa.
Tuesday, May 22, 2012
Lebih kecik dari sekangkang kera
Tanah sekangkang kera. Maknanya tanah dia kecik lah kan. Tapi yg duduk 'rumah atas ni macam mana pulak? Jangan kata kangkang kera, kangkang semut pun tidak.
Tapi itu tak mematahkan semangat saya untuk bercucuk tanam. Masa zaman saya kerja dulu, saya tak ambil kisah sangat pasal balkoni saya. Balkoni hanya tempat saya menyidai baju. Dan tempat En Kaki Pancing isap rokok.

Keadaan balkoni saya suatu ketika dulu
hahaha, comot kan? kalau Erik Leong datang sure dia membebel habis. Pastu, bila dah jadi surirumah ni, kena rajin-rajin hias. Idak lah sehebat Erik Leong. Saya cuma hias ala kadar aje. Bila bab hias2 ni, apa yang saya hendak ialah tidak berbelanja besar, praktikal dan ada ROI (return of investment).
Ini lah dia, taman mini herba di balkoni
ada pokok cili, daun kesum, thai basil, lemon balm, lavandula (lavender), oregano, pegaga bulat.
close up sikit kat lavandula dan oregano
yang ni bukan herba yer kengkawan. Pokok bunga, macam morning glory. Bila kena cahaya matahari jer, dia kembang beramai-ramai. Masa beli tak banyak bunga macam ni.
Ini dia 'tanah sekangkang kera' yang saya usahakan dari balkoni.
Pokok-pokok herba ni saya beli kat Cold Storage Wangsa Walk. Uncle tu sampai dah kenal saya. Uncle kata nak pindah ke Subang lepas ni. Dalam 3 bulan lagi dia datang balik. Saya dah order kat uncle tu pokok herba rosemary dan cerry tomato.
Bila dah bercucuk tanam herba ni, bila masak tiap-tiap hari macam seronok sikit, main petik2 je kat luar. Macam Jamie Oliver jer... Ni nak kongsi homemade pizza with extra toping. siap letak daun oregano, segar dari ladang ngegegege
Bon appetit!
Tuesday, May 15, 2012
Menu ohh menu
yeayyy!!! baru ada masa sikit, ni curi-curi buat entry. Dulu, bila ibu saya kata kerja suri rumah sibuk 24jam, saya tahu, tapi sebenarnya saya tak paham.
SEKARANG, baru saya paham, dan saya menghayati kesibukkan itu. Kemas rumah, basuh baju, sidai baju, masak, jadi supir anak sekolah, masak balik, kemas, lipat baju. Dulu anak2 sepah rumah, saya buat tak kisah sebab badan penat balik kerja. Sekarang, bila anak-anak buat sepah, cepat pulak saya jadi sensitif.. (aummm..... singa sudah keluar, hahaha)
Minggu lepas, saya ada buat jadual makan untuk seminggu, makan tengah hari dan makan malam. Tapi tak 'jalan' pun jadual makan tu sebab anak2 nak makan lain, En Kaki Pancing nak makan lain. Jadi setiap malam, saya kena tanya apa menu untuk esok. Dah jadi warung plak. Maka, beberapa hari ulang-alik memberi barang basah. En Kaki Pancing tak suka makan nasik waktu malam. Jadi untuk makan tengah hari, saya masak kuantiti sikit, sebab petang dah kena masak lain untuk dinner.
Minggu ini, saya menjadi lebih bijak. Saya dah bagi cadangan menu untuk seminggu. Lepas dengar 'OK' jer... yahooo... saya tampal jadual makan di peti ais. Semalam, saya terus membeli barangan untuk seminggu.
Kebaikan jadual makan:
~ Lebih jimat masa, tak payah ulang-alik ke kedai/pasar.
~ Mengurangkan pening kepala.. tak payah nak melalui proses minda 'apa nak masak esok ekkk'
~ Boleh budget kos perbelanjaan/catuan untuk seminggu.
Nak kongsi menu kami hari ini:
Brekpas: Roti bakar
T/hari: nasik putih, sambal udang, ikan goreng, kobis goreng.
Malam: Mee rebus Chinese style
perghh.... gempak kan.... Ini lah bestnye jadi suri rumah. ngehhehehee...

Subscribe to:
Posts (Atom)